BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

22 kes positif akibat berkumpul Hari Gawai

SIBU: Seramai 22 kes dikesan positif akibat penghuni berkumpul di rumah Panjang Sungai Durin menjelang sambutan Hari Gawai pada 31 Mei.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  Sarawak berkata, Kluster Sungai Durin merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Durin, Sibu yang melibatkan perkumpulan beberapa penduduk rumah panjang tersebut sempena malam menjelang sambutan Hari Gawai pada 31 Mei 2021.

Menurutnya, sejumlah 52 individu telah disaring dan 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan 30 kes didapati negatif.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Sibu dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Sibu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 

"Rumah panjang tersebut juga telah diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi mengawal perebakan jangkitan ke kawasan lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu iaitu dua (2) di daerah Miri, satu (1) di daerah Sebauh dan satu (1) kluster di Daerah Sibu.

« PREV
NEXT »

No comments