BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

15 jemaah masjid meninggal dalam 2 minggu



ALOR SETAR: Seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kematian dalam kalangan jemaah masjid itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu selepas virus itu merebak dalam kalangan jemaah pada Mei.

"Ya hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu," katanya

Turut tular video berdurasi 32 saat memaparkan wajah individu yang dipercayai ahli jemaah masjid berkenaan yang sudah meninggal dunia.

Dr Mohd Hayati, berkata kematian itu menunjukkan virus COVID-19 sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa ramai orang dalam masa yang singkat.
« PREV
NEXT »

No comments