BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

125,650 penduduk lengkap divaksin

KUCHING: Seramai 254,743 penduduk telah menerima Vaksin COVID-19 dos pertama iaitu 8.9% daripada 
keseluruhan populasi Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, seramai 125,650 penduduk telah 
lengkap menerima dos kedua iaitu 4.3% daripada keseluruhan populasi di negeri ini,

Menurutnya, seramai 5,234 orang telah diberi vaksin dos pertama dan 6,872 orang diberi vaksin dos kedua pada hari ini.

"Program Imunisasi COVID-19 di Sarawak telah bermula pada 26 Februari 2021," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, aebanyak 384,000 dos vaksin tiba hari ini sebahagian daripada yang diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semasa lawatannya ke Sarawak minggu lepas.

Menurutnya, Sarawak mempunyai keupayaan untuk menyimpan hingga 1 juta dos Sinovac dan keupayaan untuk meningkatkan vaksinasi hingga 50,000 dos sehari. 

Katanya, kerjasama erat penting dalam usaha untuk memerangi pandemik Covid-19 sekali gus menambah bilangan vaksin Hospital Swasta, Klinik Kesihatan, Hospital Umum dan Pusat Vaksinasi Massal (KKM dan Swasta) dan PPV Industries.

"Pada masa yang sama, pilihan sukarela AstraZeneca telah dimulakan dengan lancar sejak dua hari terakhir di Sarawak," katanya.

Beliau berkata, proses pemvaksinan Astrazeneca dijangka meningkat hingga lebih dari 3,000 sehari.
« PREV
NEXT »

No comments