BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ziarah raya, polis panggil 11 individu

KOTA SAMARAHAN: Seramai 11 individu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk membantu siasatan berhubung gambar ziarah Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 di Kota Samarahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata,kes masih dalam siasatan lagi dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat. 

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. 

"Kompaun akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat setelah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lalu, jam 11.35 malam,
Ketua Polis Balai Asajaya menyatakan telah melihat beberapa gambar ziarah Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 dengan memaparkan beberapa orang di dalam gambar tersebut tidak memakai pelitup hidung dan mulut serta tiada penjarakkan sosial yang telah dimuatnaik di laman sosial Facebook. 

Pengadu mendapati pengguna Facebook tersebut telah melanggar syarat-syarat SOP Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. 

Beberapa orang yang tidak dikenali berada disebuah rumah yang dinyatakan Asajaya dengan memaparkan gambar-gambar ziarah Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 iaitu gambar Hari Raya Kedua dan Hari Raya Ketiga memaparkan gambar-gambar beberapa orang yang tidak memakai pelitup hidung dan muka serta tiada penjarakkan sosial.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342).
dan Seksyen 233A SKMM.
« PREV
NEXT »

No comments