BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

YB ada permit boleh bergerak


KUCHING: Kenyataan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) sahaja bebas bergerak adalah kenyataan yang kurang tepat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, wakil rakyat dari mana-mana parti yang diberikan permit adalah bagi menjalankan tugas rasmi mereka sebagai wakil rakyat.

"Mana-mana ahli Parti atau NGO yang dengan alasan menghulurkan bantuan adalah tidak termasuk dalam tugas rasmi.

"Mereka yang ingin menyumbangkan bantuan boleh di serahkan terus ke Pejabat Residen Bahagian untuk diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Bahagian yang berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengeluarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Penerangan PKR Sarawak di bawah Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak yang  menyatakan YB GPS (wakil rakyat) sahaja bebas bergerak.

Aidi berkata, pihak PDRM Sarawak menegaskan tidak timbul isu ketidaktelusan dalam pengeluaran permit seperti yang dinyatakan.
« PREV
NEXT »

No comments