BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tujuh varian Afrika Selatan dikesan

KUCHING: Tujuh varian Covid-19 Afrika Selatan B.1.351 dikesan di Daerah Kuching. 

Ketua Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) UNIMAS Prof Dr David Perera berkata, kes terawal yang diuji positif menerusi ujian RT-PCR ialah pada 26 April lalu dan 6 Mei. 

Menurutnya, orang ramai harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan, terutamanya pemakaian pelitup muka, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan fizikal susulan penemuan baharu varian SARS-COV-2 tersebar di Sarawak.

"Kami mengesan kes tambahan VUI P3 di Samarahan dan Sibu.

“Selain itu, varian B.1.530 yang nampaknya dominan di Miri tetapi juga terdapat di Kuching apabila, data turut menunjukkan bahawa varian ‘Pasai’ B.1.466.2 terus merebak di seluruh Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau menegaskan, pengawasan genom SARS-COV-2 mengesan varian SARS-COV-2 yang merebak di Sarawak.

Katanya, Makmal IKPK menyelesaikan ujian genomik lebih daripada 600 sampel dan data urutan genomik dikongsi dalam pangkalan data urutan SARS-COV-2 global GISAID.

“Kami juga melaporkan bahawa kajian pengawasan varian telah mengenal pasti garis keturunan B.1.470 dan B.1.524 sebagai varian merebak pada gelombang ketiga (September hingga November 2020).

"Garis keturunan B.1.470, B.1.524 dan B.1.466.2 sebagai varian pada gelombang keempat (Disember 2020 dan seterusnya) di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, mutasi ini adalah varian B.1.466.2 yang berkaitan dengan kluster 'Pasai' di Sarawak dan ia berkongsi mutasi dengan varian UK B.1.1.7 di kedudukan 681 daripada protein SARS-COV-2 Spike. 

Beliau berkata, IKPK juga melaporkan pengesanan 'Varian of Interest” (VOI), varian B.1.1.28.3 atau P3 di daerah Kuching dan Samarahan.

Katanya, Varian of Interest pertama kali dilaporkan di Filipina pada bulan Mac tahun ini dan dikenal pasti dalam kes import ke UK baru-baru ini.
« PREV
NEXT »

No comments