BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada PKP, hanya PKPB SOP diperketat

KUCHING: Sarawak tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan semalam.

Bagaimanapun Sarawak kekal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) “circuit breaker” yang sedia ada menerusi beberapa syarat prosedur operasi standard (SOP) akan diperketat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pelaksanaan sedia ada itu kekal diteruskan bermula dari 7 hingga 17 Mei di seluruh Sarawak.

Menurutnya, restoran, kedai makan, bistro, kafe, gerai makanan dan minuman tidak dibenarkan beroperasi secara dine-in.

"Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

"Arahan ini berkuatkuasa mulai 12 Mei dan SOP PKPB terperinci akan diumumkan dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, langkah-langkah yang perlu diambil oleh premis yang telah dikenal pasti berisiko tinggi dalam menyebarkan wabak Covid-19 yang dijana melalui sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Katanya, ia melibatkan larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan berkuat kuasa pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
« PREV
NEXT »

No comments