BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tertembak kepala rakan polis

SIBU: Bergurau menggunakan pistol membawa padah, apabila 
anggota polis maut tertembak rakan serumah dalam kejadian di 
Lorong Permai Timur 9 sekitar jam 7.20 malam tadi. 

Mangsa Norhalim Tumiran 24 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. 

Norhalim bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan awal mendapati saspek berusia 28 tahun dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertekan picu dan tertembak ke arah sebelah kanan kepala,

"Ketika kejadian, saksi sedang mencuci motosikalnya di luar rumah manakala simati sedang duduk bermain game di ruang tamu.

"Saspek pula berada di dalam biliknya dan keluar ke ruang tamu sambil bergurau mengacukan pistolnya ke arah mangsa sebelum tertembak simati,," katanya dalam kenyataan.
« PREV
NEXT »

No comments