BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tersepit lebih 15 jam, kenderaan masuk gaung

KAPIT: Seorang penumpang tersepit terpaksa bermalam di dalam kereta apabila kenderaan pacuan masuk gaung sedalam 20 meter di Jalan Melinau Hujung petang semalam. 

Kejadian berlaku sekitar jam 3.36 petang semalam dan kerja menyelamat mangsa terpaksa dilakukan pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba Kapiti PBK II Abu Osman berkata, pemandu telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan seorang mangsa (penumpang) masih lagi tersepit.

Menurutnya, mangsa tersepit pada bahagian tengah kenderaan telah gagal dikeluarkan disebabkan kedudukan kereta berkenaan tersangkut pada batang kayu.
Katanya, keadaan tanah yang kurang stabil dan bekerja dalam keadaan gelap menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa.

"Atas faktor keselamatan anggota penyelamat, operasi mengeluarkan mangsa tersepit telah ditangguhkan pada jam 6 petang.

"Operasi mengeluarkan mangsa akan bersambung lagi pada hari ini dan anggota telah bergerak pada jam 7 pagi ini," katanya.

Jarak perjalanan sejauh 40 km melalui jalan balak mengambil masa perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke lokasi. 

Litupan girn dan talian hp untuk komunikasi turut tiada di lokasi.
« PREV
NEXT »

No comments