BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Taska, Tadika dibenar beroperasi Zon Merah


KUCHING: Semua taska dan tadika di zon merah dibenarkan beroperasi mulai 17 Mei dengan pematuhan SOP yang ketat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, keputusan  dibuat selepas merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dengan pematuhan SOP ketat sebelum, semasa dan selepas anak-anak hadir ke tasak dan tadika. 

Beliau berkata, pihaknya menerima 102 permohonan untuk pengoperasian semula taska dan tadika swasta di Sarawak setakat 11 Mei.

Menurutnya, terdapat 234 buah Taska dan 2,795 buah Tadika berdaftar di Sarawak.

“Operasi semula melibatkan 1,087 buah IPAKK Kemas dengan 1,474 orang anak-anak petugas barisan dan 2,228 orang anak-anak pekerja perkhidmatan perlu.

"Selain itu, ia juga melibatkan 176 buah IPAKK Perpaduan dengan 155 orang anak-anak petugas barisan hadapan dan 1,141 orang anak-anak pekerja perkhidmatan perlu,” katanya dalam kenyataan. 

Fatimah berkata, pengumuman memberi kelegaan kepada ibu bapa yang perlu bekerja selain memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti sesi pembelajaran di Taska dan Tadika.

Katanya, kebenaran beroperasi semula juga melibatkan 96 buah Institut Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sedidik dengan 251 orang anak-anak petugas barisan dan 701 orang anak-anak pekerja perkhidmatan perlu.

“Selain itu, pengoperasian semula tadika swasta melibatkan 286 orang anak-anak petugas barisan hadapan dan 1,022 orang anak-anak yang ibu bapa mereka berkhidmat dalam perkhidmatan perlu,” katanya.
« PREV
NEXT »

No comments