BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Takut bini, suami buat laporan polis palsu



PADAWAN: Gara-gara takut dimarahi isteri kerana menggadai rantai emas. 

Seorang juruelektrik berusia 31 tahun bertindak nekad membuat laporan dirinya disamun.

Perbuatan lelaki tersebut hanya terbongjar membuat laporan polis palsu selepas disoal siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek dibebaskan secara bersyarat dengan jaminan mahkamah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Ketika disoal siasat, suspek mengaku menipu kerana ada masalah hutang.

"Kerana takut dimarahi isteri sebab emas yang dikatakan telah diragut sebenarnya telah digadai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek membuat laporan palsu di Balai Polis Batu Kawa pada 3 Mei lepas, mendakwa diragut dua lelaki tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta, belakang bangunan kedai makan Siang-Siang Corner, Jalan Matang.

Dakwanya, kedua-dua lelaki itu yang menggunakan sebuah motosikal EX5 telah meragut rantai emas dilehernya serta beg silang yang mengandungi dokumen peribadi, kad bank, wang tunai sebanyak RM300 dan seunit telefon bimbit.
« PREV
NEXT »

No comments