BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suspek tular pukul pencuri di pasaraya diberkas polis

KUCHING: Suspek yang tular memukul pencuri di hadapan pasaraya di dawasan Bintawa,di sini, pada 9 Mei lalu berjaya diberkas pihak polis bertempat di hadapan sebuah Hotel Budget di King Centre malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata,
suspek merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun. 

"Hasil semakan rekod jenayah lampau suspek mempunyai satu rekod kes dadah di bawah Sek.15 (1) (a) ADB 1952. 

"Susulan tangkapan tersebut, pihak polis juga telah berjaya membuat rampasan iaitu getah paip yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek telah dihadapkan ke Majistret Kuching pada pagi tadi untuk tujuan permohonan reman di bawah peruntukkan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan di luluskan selama 4 hari sehingga 21 Mei ini.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Sarawak untuk mendapatkan arahan pendakwaan di Mahkamah," ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments