BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suami isteri hilang di hutan ditemui selamat

BINTANGOR: Pasangan suami isteri ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika keluar mencari rotan dalam hutan di sungai Janting, di sini, semalam.

Mangsa lelaki Achang ak Unja, 58, dan isteri Klang ak Entalai, 74, ditemui dalam keadaan selamat jam 11.33 malam pada jarak 4.5 kilometer daripada lokasi mereka didapati hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.18 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.

"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah berjaya menghubungi mangsa dan yakin kedua-mangsa berada tidak jauh dari pasukan SAR sebelum operasi SAR mula dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami kekejangan pada bahagian kaki dan dalam keadaan lemah akibat berjalan dan kesejukan.
« PREV
NEXT »

No comments