BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suami isteri diberkas bersama 4072.36 gram Syabu


SIBU: Pasangan suami isteri ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 4072.36 gram dianggarkan bernilai RM 151,236.

Kedua-dua suspek yang berusia 32 tahun ditahan dalam satu serbuan di tepi jalan di belakang bangunan Pejabat Pos Sibu di Jalan Wong Nai Siong sekitar jam 1 tengahari, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superitendan Collin Babat berkata, tangkapan kedua-dua suspek dilakukan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat bersama pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN) KLIA.

"Ketika ditahan salah seorang suspek sedang mengangkat dua  kotak berjalan menuju ke arah sebuah kenderaan manakala seorang lagi suspek di tempat duduk pemandu dalam kereta yang sama.  

"Pemeriksaan lanjut ke atas dua kotak dibaluti dengan plastik lutsinar telah menjumpai dadah jenis syabu,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, barang kes dirampas dan kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke pejabat JSJN IPD Sibu untuk tindakan selanjutnya. 
 
"Kedua-dua parcel telah dikirim dipercayai dari Semenanjung Malaysia pada 5 Mei lalu  melalui kaunter perkhidmatan Kurier Briekfield.

"Tiada pengakuan daripada kedua-dua suspek atas barang kes yang dirampas dan mereka ditahan di lokap Balai Polis Sungai Merah Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
« PREV
NEXT »

No comments