BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SOP solat sunat Hari Raya diumumkan minggu depan

KUCHING: Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dibenarkan mengikut garis panduan (SOP) yang akan dikeluarkan minggu depan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, garus panduan akan diserahkan kepada pengurusan masjid dan surau di seluruh negeri.
 
Menurutnya, SOP yang bakal dikeluarkan hampir sama dengan garis panduan untuk solat Jumaat.

"Sehubungan itu, semua masjid dan surau yang berdaftar dengan MIS juga dibenarkan untuk mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri," katanya selepas program penyampaian dana pengurusan Masjid dan Surau untuk kawasan Pantai Damai di Masjid Darul Hana hari ini. 

Sehubungan itu katanya, pengurusan masjid dan surau perlu memberi penekanan kepada SOP yang telah ditetapkan Majlis Islam Sarawak untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri nanti.
« PREV
NEXT »

No comments