BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Setiausaha Politik mahu saman fitnah

KUCHING: Tindakan undang-undang akan diambil ke atas Clare Rewcastle di London selaku editor Sarawak Report, pemilik akaun facebook Jap Zainal dan Pemansang Sarawak Baru diatas fitnah yang dibuat.

Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie berkata, dia akan menjejaki dan mengambil tindakan undang undang ke atas setiap individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah dan berita palsu dengan harapan agar mereka tidak akan menganiaya orang lain.

Menurutnya, dia telah melantik peguam di Kuching untuk mengambil tindakan undang undang ke atas dua pemilik akaun facebook kerana menyebarkan fitnah yang mengaibkan.

"Saya pagi tadi telah membuat laporan polis ke atas pemilik akaun facebook Jap Zainal dan Pemansang Sarawak Baru (PSB).

"Semua dokumen berkaitan yang telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dibuat di bawah siasatan kes jenayah bagi kesalahan penyebaran berita palsu.

"Saya juga telah mengarahkan peguam saya di Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan undang undang ke atas Clare Rewcastle di London selaku editor Sarawak Report di atas fitnah yang dibuat ke atas saya dan Datuk Seri Wan Junaidi," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dia amat terkejut dengan nilai politik rendah diamalkan mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah dan berita palsu dalam keadaan masyarakat dan negara masih bertungkus lumus berhadapan dengan cabaran covid. 

"Bagaimana mungkin saya dan YB Dato Sri Wan Junaidi terlibat dengan kelulusan grant SME Corp pada 4 tahun yang lepas sedang kan kami baru sahaja berkhidmat di Medac pada tahun 2020. Ini serupa dengan perumpaan yang tidak masuk akal iaitu I hari ini order, semalam sudah sampai," katanya.

Beliau berkata, pemberian geran SME Corp berjumlah RM338,950 yang diluluskan kepada syarikat isteri iaitu Azzahra Pruduct Sdn Bhd tidak ada kaitan dengan Datuk Sri Wan Junaidi selaku Menteri Medac dan jawatan selaku Setiausaha Politik Menteri Medac.

"Geran tersebut telah diluluskan oleh SME CORP pada tahun 2017, 10 Oktober. Manakala YB DS Wan Junaidi dan saya sendiri mula berkhidmat di Medac pada 22 April 2020. 

"Bagaimana mungkin untuk saya dan YB Dato Sri Wan Junaidi terlibat dengan kelulusan geran pada 4 tahun yang lepas (2017) sedangkan kami mula berkhidmat di Medac pada tahun 2020. 

"Saya telah meletak jawatan saya sebagai pengarah syarikat dan melupuskan saham saya di dalam Azzahra Product Sdn Bhd pada 23 November tahun 2015.

"Ini bermakna saya sudah tidak memiliki apa-apa saham dan kepentingan di dalam syarikat tersebut semenjak 2015 sehinggalah sekarang. 

"Ini bermakna secara fakta dan hakikat membuktikan saya dan YB Wan Junaidi selaku Menteri Medac tidak terlibat langsung dengan kelulusan geran.

"Fakta ini bertentangan dengan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report dan 2 pemilik akaun facebook iaitu Jap Zainal dan Pemansang Sarawak Baru ( PSB ) yang secara semborono dan ganas telah menuduh YB Datuk Sri Wan Junaidi dan saya terlibat dengan kelulusan grant kepada syarikat milik isteri saya iaitu Azzahra Product Sdn Bhd.," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments