BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah terbakar di Sibu Jaya


SIBU: Sebuah rumah jenis kekal setingkat di Sibu Jaya, di sini, terbakar dipercayai bermula di bahagian salah sebuah bilik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.20 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu Jaya ke lokasi kejadian.

"Menurut pemilik rumah kebakaran dipercayai bermula dari salah sebuah bilik tidur, kebakaran dianggarkan 40 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,ketika kejadian berkenaan tiada penghuni di rumah berkenaan dan tiada melibatkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa.

"Pasukan Bomba telah bertindak menggunakan dua aliran salur bantu mula untuk tindakan pemadaman sepanjang operasi," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments