BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja rogol gadis 15 tahun

MIRI: Seorang remaja berusia 13 tahun ditangkap kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun semalam (Jumaat).

Suspek yang masih bersekolah ditahan pada petang oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri untuk siasatan lanjut. 

Tangkapan mangsa dari Tudan Desaras Fasa 6 susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada hari yang sama.

Difahamkan mangsa sudah enam bulan mengenali suspek dan pergi ke rumah suspek bersama adiknya semasa hari kejadian.

Susulan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Sabri Zainol berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
« PREV
NEXT »

No comments