BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf


KOTA KINABALU, 18 Mei (Bernama) -- Polis Sabah menembak mati lima anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dalam operasi khas, yang dijalankan di sebuah kawasan setinggan di paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada pukul 11.27 pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, salah seorang daripada suspek itu adalah ‘sub leader’ kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti namanya, dan semuanya dianggarkan berusia antara 20an hingga 40an.

“Dengan tumpasnya lima anggota kumpulan ini, polis yakin telah berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah, dan yang telah melakukan ba’iah dengan kumpulan militan Daesh.

“Polis juga mengesyaki masih lagi ada saki baki dan tali barut (kumpulan itu) yang bersembunyi di Malaysia khususnya di Sabah dan kita sedang menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

-- LAGI



« PREV
NEXT »

No comments