BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis diasat insiden helmet kuning

Polis siasat 2 individu cetus kemarahan konflik Palestin dan Israel

KUCHING:Polis Sarawak telah menangkap dan menjalankan siasatan lanjut ke atas dua individu yang telah mencetuskan kemarahan orang lain dengan komen-komen yang dibuat melalui media sosial berkaitan isu konflik antara Palestin dan Israel yang boleh menimbulkan situasi tidak harmoni di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata,melalui pemantauan pihak polis, terdapat beberapa komen yang dibuat didapati telah menyentuh isu-isu sensitif seperti mengaitkan isu agama, bangsa dan keturunan orang lain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke
atas sesiapa yang melakukan kesalahan tersebut. 

"Hasil siasatan akan dimajukan
kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada ketika ini telah berlaku
konflik ketenteraan yang hebat di antara Palestin dan Israel sehingga
menyebabkan berlakunya banyak kematian dan kemusnahan harta benda.

Perkembangan situasi tersebut boleh diperolehi melalui media massa dan
media sosial seperti televisyen, radio, facebook, twitter, instagram dan
sebagainya.

Katanya, ekoran daripada berlakunya konflik tersebut menyebabkan sebahagian orang ramai mula menyatakan pendapat masing-masing dengan pelbagai cara terutamanya melalui media sosial. 

"Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memberikan pendapat atau komen-komen berkaitan isu konflik tersebut dan tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk melepaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati sehingga menyinggung
perasaan dan sensitiviti orang lain. 

"Ianya merupakan satu kesalahan di
bawah undang-undang terutamanya Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,"tegasnya.

Beliau berkata,orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap setiap perkara yang berlaku dan jangan mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja info yang diterima. 

"Pastikan kesahihan sesuatu berita sebelum berkongsi dengan orang lain. Jika ada terkesan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang maka hendaklah segera maklumkan kepada pihak polis dan jangan mengambil tindakan sendiri sehingga menyebabkan keadaan bertambah buruk sehingga menjejaskan ketenteraman awam,"jelasnya.
« PREV
NEXT »

No comments