BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis buru suspek pukul lelaki di pasaraya

KUCHING: Pihak polis sedang memburu suspek yang bertindak memukul lelaki tempatan di hadapan pasaraya di kawasan Bintawa, di sini, kerana didakwa mencuri.

Pada Ahad lalu, jam sekitar 4.30 petang, di lokasi kejadian mangsa berumur 29 tahun telah di pukul menggunakan objek kayu dan getah paip oleh seorang lelaki tempatan yang tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, mangsa mengalami kecederaan sakit di bahagian kepala, lebam di bahagian belakang badan, bengkak di bahagian kedua-dua lengan dan badan, luka di bahagian kaki sebelah kiri dan luka di siku kiri.

"Mangsa telah mendapat rawatab sebagai pesakit luar di Hospital Umum Sarawak(HUS).

 "Suspek yang terlibat telah dikenalpasti
 dan sedang dikesan untuk membantu siasatan. Orang awam yang menyaksikan kejadian turut dialu-alukan untuk tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Safuan ditalian  013-2037908 (IPD Kuching)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis memandang serius kes ini yang mana tindakan yang melampau batas boleh menyebabkan sehingga mengancam nyawa.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan membelakangkan undang-undang dan menghubungi pihak polis untuk mendapat bantuan," tegasnya.
« PREV
NEXT »

No comments