BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Persiapan Hari Raya musnah, tiga keluarga sehelai sepinggang

MUKAH: Tiga keluarga diuji pada bulan Ramadan apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Lintang Balingian sekitar jam 9 pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, segala persiapan untuk menyambut lebaran termasuk pakaian hari raya untuk anak-anak musnah.
Manakala sebuah rumah berdekatan musnah 10 peratus turut terbakar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua 4 keluarga dari empat buat rumah yang terlibat berjaya menyelamatkan diri. 
Sementara itu, Pusat Gerakan Bomba Negeri Sarawak berkata, pihaknya mengerahkan jentera sebuah LFRT dan sebuah EMRS dianggotai lapan anggota diketuai oleh PBK II Abu Hady Harry. 

“Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) terdekat PBS Balingian turut dihubungi serta diarahkan ke tempat kejadian bagi tindakan awal. Kebakaran telah berjaya dikawal sekitar  jam 10.20 pagi, “ katanya.
Difahamkan dua keluarga mangsa kini tinggal bersama saudara mara dan dua buah keluarga lagi ditempatkan di Dewan Serbaguna Balingian.

Manakaka, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili berkata, Adun dan Ahli Parlimen dan Jabatan Kebajikan sudah dimaklumkan untuk bantuan segera berhubung kebakaran tersebut.
« PREV
NEXT »

No comments