BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pergi KL jaga ibu, balik bawa 18 bungkusan ganja



KUCHING: Kantoi, bawa ganja bernilai RM45,660. Seorang wanita tempatan berusia dicekup selepas membawa bagasi dipenuhi sebanyak 18 bungkusan ketulan tumbuhan mampat disyaki dadah jenis ganja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Suspek tiba melalui LTAK menerusi penerbangan Air Asia membawa dua buah bagasi yang didaftarkan atas nama sendiri dalam kejadian Rabu lalu.
Kesemua tumbuhan mampat itu dianggarkan seberat 18,264 gram dengan nilai sekitar RM45,660 mengikut harga pasaran terkini. 

Suspek mengaku telah pergi ke Kuala Lumpur pada 20 April lalu bagi tujuan melawat dan menjaga ibunya di hospital serta mendakwa bahawa rakannya telah mengirim sebuah bagasi untuk dibawa balik ke Kuching pada 28 April.  
     
Malah suspek disyaki menjadi menjadi keldai dadah yang dijanjikan dengan habuan pekerjaan di sebuah syarikat di daerah Serian.     
     
Pengarah Kastam Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, sebelum kejadian suspek cuba untuk menyeludup masuk bagasi namun berjaya ditahan Pegawai Unit Pemeriksaan Penumpang (UKPT) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melakukan imbasan barang.
     
Kesemua bungkusan terbabit didapati berbentuk hadiah dengan mempunyai empat lapisan iaitu lapisan plastik lut sinar, kertas karbon, dan plastik lut sinar dan plastik keemasan. 
     
"Ia adalah rampasan dadah terbesar tahun ini dan disyaki untuk dipasarkan ke pasaran tempatan," katanya pada sidang media, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.
« PREV
NEXT »

No comments