BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penunggang maut, motosikal langgar MPV

SADONG JAYA: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kenderaan  pelbagai guna (MPV) di Kilometer 15 Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, mangsa Saruji Manggang, 59, dari Kampung Asajaya Laut yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Asajaya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri dan MPV terbabit dari arah Kota Samarahan menuju ke Asajaya.

"Semasa dalam proses hendak masuk ke simpang kanan ke kawasan kebun MPV telah dilanggar oleh motosikal.
"Akibat perlanggaran itu MPV  rosak dibahagian sisi kanan,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
« PREV
NEXT »

No comments