BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penduduk terjejas, sekolah dinaiki air di Marudi

MARUDI: Banjir kilat melanda Marudi menyebabkan penduduk dan beberapa sekolah dinaiki air pagi tadi.

Pegawai Balai Bomba Penyelamat Marudi PBKII Iskandar Aus berkata, seramai 30 anggota melibatkan 42 pintu rumah di Kampung Lellang terjejas.
Beliau turut memaklumkan keadaan terkawal serta hujan sudah berhenti.

Sementara itu, SK Penghulu Baya Mallang turut dilanda banjir pagi ini menyebabkan sekolah tidak beroperasi.
Guru Besar SK Penghulu Baya Mallang Edward Selige berkata, air naik mendadak menyebabkan bilik RMT, blok akademik, rumah guru dinaiki mencecah hingga tiga kaki . Sekolah berkenaan menempatkan lima guru dan 16 murid.

Manakala Guru Besar SK Long Luteng Juk Epoi berkata, SK ong Luteng turut dilanda banjir dan jambatan gantung di SK Long Luteng dihanyut air.
Menurutnya, trend air menaik serta hujan masih turun dengan lebat menyebabkan Kuarters Meranti 2 pintu ditenggelami Banjir 10 kaki sampai atap dan 2 keluarga dipindahkan ke Bilik Guru.

“Selain itu, asrama Lelaki sudah ditenggelami air 6 kaki, Dewan Makan 6 kaki, Dapur Asrama 6 kaki, Kuarters Ramin 5 kaki, Asrama Perempuan 5 kaki, Kuarters Nyatuh 1 kaki dalam bilik dan Kuarters Kapur Dapur Banjir 1 kaki,” katanya.
Sementara itu banjir kilat turut mekanda pekan Mulu. PBB MOCSAR akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Banjir kilat disebabkan oleh hujan lebat berterusan sejak semalam.
« PREV
NEXT »

No comments