BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pasukan perubatan ATM diaturgerak ke Kapit

KUCHING: Seramai tiga Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Tugas
Am dan 35 anggota terdiri daripada paramedik, kuartermaster dan pemandu telah diaturgerak ke Kapit bagi mendirikan Hospital Medan ATM.
Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam kenyataan hari ini berkata, pergerakan dari Pangkalan Udara Kuching menuju ke Sibu turut membawa bersama peralatan perubatan seperti katil, troli perubatan, set computer, peralatan X-ray, khemah, oksigen dan penghawa dingin mudah alih serta kelengkapan lain
bagi memenuhi keperluan Hospital Medan.
"Kumpulan ini telah berlepas pada jam
2.55 petang ini. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sibu, kumpulan perubatan akan bergerak menuju ke Kapit dengan menaiki 7 buah trak,"katanya.
Katanya, hospital Medan ATM ini
akan didirikan di Dewan Masyarakat Melayu, Kapit yang terletak kira-kira lima dari Hospital Kapit.
« PREV
NEXT »

No comments