BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Paip bocor akibat Pan Borneo punca gangguan bekalan air di rumah panjang

KUCHING: Gangguan bekalan air yang berlaku dibeberapa kawasan di Bahagian Betong bermula semalam (Ahad) berpunca daripada kebocoran paip akibat kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di kawasan Simpang Pusa. 

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dalam kenyataan berkata, kawasan-kawasan yang terjejas adalah di seluruh kawasan rumah panjang dan persendirian dari Simpang Bajau sehingga Simpang Pusa dan Debak.  
 
"Pihak kontraktor Pan Borneo akan melakukan kerja-kerja penyambungan semula paip tersebut dengan kadar segera pada hari ini bagi mengurangkan impak besar gangguan bekalan air kepada para pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas," katanya.

Beliau berkata, penghantaran bekalan air turut dilakukan oleh pihak JBALB Bahagian Betong dan pihak kontraktor sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.  
 
Menurutnya, pihaknya kesal di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran yang tinggi daripada para pengguna.

"Segala perkembangan terkini akan sentiasa dimaklumkan kepada pengguna melalui platform sosial media JBALB Sarawak. Para pengguna juga boleh menghubungi JBALB Call Centre di talian 082-262211 untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments