BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Miri PKP, jika kes terus naik


MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memberi amaran Daerah Miri bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi jika berlaku kes secara mendadak akibat kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Daerah Miri mencatatkan 98 kes daripada 405 kes baharu dilaporkan di Sarawak hari ini.
Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, pihaknya komited dalam usaha untuk menurunkan kes-kes di Miri dan pelbagai tindakan pencegahan dilakukan termasuk melalui aktiviti pemeriksaan, pemantauan, nasihat serta tindakan mengenakan kompaun kepada mereka yang tidak mematuhi SOP COVID-19.

"Jika tiada cara lain kita mungkin terpaksa mencadangkan kepada JPBNS supaya melaksanakan PKP di Miri.
"Kita tidak mahu melaksanakan PKP ini yang akan menyusahkan semua pihak serta menjejaskan semua sektor khususnya sektor ekonomi," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, Miri telah memperketatkan SOP dan disiplin serta kerjasama orang ramai dapat mengawal penularan pandemik.
Sementara itu katanya, operasi kompleks membeli-belah hanya dibenarkan dengan mengehadkan bilangan pelanggan kepada 50 peratus berdasarkan kapasiti premis bagi membendung penularan pandemik.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Subis dan Majlis Daerah Marudi turut diminta memantau perkara tersebut.
“Kita berharap majlis tempatan berbincang dengan pengusaha kompleks beli-belah atau pasar raya agar menetapkan kapasiti pelanggan yang masuk selain memperketat aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti sukan dan rekreasi secara berkumpulan di taman-taman awam di sekitar bandar raya Miri atau aktiviti di kawasan pantai (Tanjong Lobang, Pantai Lutong, Pantai Luak, Pantai Bungai, Pantai Peliau, Pantai Kuala Sibuti, Tusan) secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan.
« PREV
NEXT »

No comments