BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mercun, bunga api 7 tan dirampas

 
BINTULU: Sebanyak 430 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama ditemui di dalam sebuah kontena yang telah dimport dari China di Stor Penguatkuasaan Pelabuhan Bintulu, Jumaat lalu. 

Pengarah JKDM Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, kesemua barangan terbabit dianggarkan bernilai RM51,930 manakala anggaran jumlah duti dan cukai RM33,754 telah disita untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, barang rampasan dianggarkan berat sekitar 7.715 tan dikesan hasil pemeriksaan yang dilakukan pasukan Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di lokasi sekitar jam 11 pagi. 

"Barangan kes yang diikrar di dalam borang import(K1) didapati tidak sama seperti mana yang diperiksa dalam kontena tersebut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, modus operandi mercun dan bunga api dicampur bersama dengan barang-barang yang diluluskan di dalam lesen Import dengan tujuan untuk mengelirukan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
« PREV
NEXT »

No comments