BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mengapa mahu tempatkan 45,000 pekerja di Teluk Kumbar?

Oleh Ravinder Singh

Baru-baru ini Exco perumahan dan kerajaan tempatan Pulau Pinang telah umumkan (dengan megah?) bahawa dua pemaju telah memohon untuk mendirikan hostel di Teluk Kumbar untuk menempatkan 45,000 orang pekerja.

Saya rasa kesemuanya untuk pekerja asing memandang mereka adalah tenaga kerja yang paling murah untuk bekerja di dalam atau di luar kilang-kilang. 

Bilangan begitu besar akan melebihi penduduk tempatan berkali-kali ganda. Maka adakah ini satu rancangan yang bijak untuk "memajukan" (atau memusnahkan) bahagian selatan pulau? Adakah ia sesuatu yang membanggakan negeri, atau sesuatu yang harus memalukan negeri?    

Mengapa diantara tempat-tempat lain dipilih Teluk Kumbar-Gertak Sanggul, pada hal akal (common sense) menunjukkan ada tempat yang jauh lebih baik untuk menempatkan bilangan pekerja yang besar ini dan mengangkut mereka dengan lebih muda berulang alik ke tempat kerja mereka di Kawasan Zon Industri Bebas di Bayan Lepas yang bergantung berat kepada tenaga kerja asing?  

Pengangkutan 45,000 pekerja keluar-masuk Teluk Kumbar-Gertak Sanggul adalah suatu kerja yang amat sukar, biarpun jalan sedia ada dilebarkan setelah megusir ratusan orang dan merobohkan berpuluh-puluh rumah dan kedai di pinggir jalan sedia ada.

Pekerja-pekerja ini akan dibawa keluar-masuk pada waktu kesesakan jalan semasa banyak lagi kenderaan-kenderaan persendirian berada atas jalan.

Jarak diantara Teluk Kumbar dan Bayan Lepas tidak sampai 3km dan jika terperangkap dalam trafik jam waktu kemuncak (peak hours), ia boleh mengambil masa sekurang-kurang 45 minit untuk merentasi jarak ini.      

Akal budi (common sense) menyatakan bahawa jika hostel-hostel dibina di Batu Kawan, dimana terdapat banyak lagi tanah lapang yang boleh menempatkan 10 kali ganda 45,000, pengangkutan mereka ke tempat kerja yang sama di pulau adalah jauh lebih mudah kerana perjalanan adalah terus dari hostel ke kawasan industri di pulau melalui Jambatan Kedua dan bukan mengikut jalan-jalan raya yang sesak dengan kenderaan-kenderan lain.   

Perancangan untuk perkara-perkara seperti ini harus di buat oleh kerajaan dan bukan oleh pemaju-pamaju.

Ia adalah hak prerogatif kerajaan untuk menentukan apa harus diletakkan dimana tanpa menggangu komuniti tempatan yang sudah berada di sesuatu tempat sejak turun kemurun dan  beraman damai. Ini adalah prinsip/peraturan utama mengenai penempatan hostel-hostel pekerja. Apakah kerajaan negeri telah lupa prinsip/peraturan ini?  

Rupa-rupanya di Pulau Pinang "pemikiran" atau "perancangan" dibiarkan untuk dibuat oleh pemaju-pemaju dan pihak berkuasa negeri dengan seronok menerima sahaja cadangan pemaju, mengumumkan dan meluluskannya, tidak kira samada projek itu adalah untuk kebaikan atau keburukan masyarakat.  

Jika dibandingkan kemudahan pengangkutan bilangan pekerja yang begitu besar di Teluk Kumbar, iaitu 45,000 orang, sejauh 15km ke kawasan perindustrian melalui jalan-jalan awam yang sesak pada "peak hours",  dengan pengangkutan mereka sejauh lebih-kurang 20km dari Batu Kawan, bukan kah lebih bijak untuk buat perjalanan ulang-alik dari Batu Kawan? Jadi mengapa ini tidak jadi pilihan utama?   

Dari Batu Kawan, beratus buah kenderaan yang diperlukan untuk mambawa pekerja, akan memasuki Jambatan Kedua Pulau Pinang dan berjalan terus tanpa halangan pada kelajuan 80km se-jam dan tiba di zon perindustrian di pulau dalam masa 20 minit (jika menepati had kelajuan). Pekerja-pekerja juga akan membuat perjalanan dengan selesa tanpa tertangkap dalam trafik jam dan mengambil masa sejam atau lebih untuk membuat perjalanan sehala ke tempat kerja dari Teluk Kumbar. 

Malangnya, walaupun begitu ketara dan jelas bahawa lebih mudah dan cepat untuk membawa bilangan pekerja yang begitu besar dari Batu Kawan ke Zon Industri Bebas Bayan Lepas, pihak kerajaan negeri sedang menjadi barua (pandering) untuk menempatkan mereka di Teluk Kumbar.  

Mengapakah kerajaan negeri sanggup membongkok ke belakang untuk membantu pemaju dalam rancangan mereka untuk buat duit dan bukan buat sesuatu untuk kebaikan masyarakat.
« PREV
NEXT »

No comments