BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat tersepit 19 jam dalam gaung berjaya dikeluarkan

KAPT: Mayat penumpang terperangkap dalam pacuan empat roda selepas terjunam ke dalam gaung berjaya dikeluarkan selepas 19 jam tersepit.

Mangsa James Kanyan terlibat dalam kemalangan di jalan balak dekat Jalan Melinau-Mujong, berlaku sekitar 3:36 petang semalam.

Manakala pemandu terselamat dalam kejadian namun mangsa tersepit apabila kenderaan tersangkut pada pokok kayu setelah jatuh ke dalam gaung setinggi 20 meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pemandu yang selamat  berjaya dikeluarkan orang awam serta mengalami patah paha kiri.

"Mayat dikeluarkan sekitar ham 10.30 pagi serta usaha membawa mangsa menggunakan pengusung dan tali," katanya dalam kenyataan.
« PREV
NEXT »

No comments