BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat terapung di sungai Tabuan

KUCHING:Mayat lelaki dewasa tanpa identiti ditemui terapung di sungai Tabuan, di belakang pasaraya H&L Tabuan Jaya, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.50 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

"Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan dan diangkat ke tebing sungai oleh anggota Bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
« PREV
NEXT »

No comments