Mayat tanpa identiti terapung di sungai Trusan

LAWAS: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di sungai Trusan, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.40 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.
"Pasukan Bomba terus mengangkat mayat tersebut menggunakan pengusung ke darat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Share: