BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat ditemui dalam kotak transformer

KUCHING: Mayat lelaki ditemui di dalam kotak transformer elektrik di tepi jalan Kampung Muara Tebas sekitar jam 10.54 malam tadi.

BBP Tabuan Jaya bersama-sama 10 anggota diketuai oleh PBK II Abg Zulkarnaen Abg Alias bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat tersebut.

Komander operasi berkata, setelah bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sesco, anggota bomba bertindak mengeluarkan mayat tersebut dan dimasukkan ke dalam beg mayat.

"Mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments