BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut ketika berjoging

TATAU: Seorang lelaki berusia 59 tahun maut dilanggar penunggang motosikal ketika sedang berjoging di Jalan Kampung Dagang.

Dalam kejadian sekitar jam 5.21 pagi, mangsa sedang berjoging sebelum dilanggar penunggang motosikal dari arah Pasar Lama Tatau menuju ke Masjid Tatau. 

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, penunggang motosikal yang cedera parah di kepala kemudian dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments