BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut dihempap motosikal

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum menghempap mangsa di Jalan Kampung Baru berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Ibnu Khaldun.

Dalam kejadian sekitar jam 2.45petang mangsa berusia 21 tahun dalam perjalanan menuju ke arah Kampung Plaie.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata,
motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan. 

"Mangsa dihempap motosikal yang ditunggangnya setelah terbabas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan mangsa dari Kampung Lot Baru, Tanjung Bundong di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
« PREV
NEXT »

No comments