BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mangsa banjir meningkat

KUCHING: Mangsa banjir di Daerah Lawas dan Limbang meningkat kepada 356 orang dan ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Daripada jumlah tersebut sejumlah 337 mangsa ditempatkan di empat PPS Lawas, manakala 19 lagi di Limbang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata,Daerah Marudi turut terjejas banjir selepas hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Lawas mencatat jumlah mangsa 143 orang.

Manakala, Dewan Masyarakat Trusan seramai 100 orang, SJK Chung Hwa Trusan seramai 78 orang dan Dewan SK Sundar seramai 13 orang. 

"Di Limbang satu PPS dibuka iaitu di Dewan Mendamit yang kini menempatkan 16 mangsa," katanya.
Sementara itu, terdapat tiga buah sekolah di Baram terjejas banjir namun keadaan masih terkawal manakala sebuah jambatan gantung di kawasan terjejas sudah dihanyutkan air deras.
« PREV
NEXT »

No comments