BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lesen sabung tidak dikeluarkan, Abang Jo mohon maaf



BINTULU: Kerajaan Sarawak tidak mengeluarkan lesen sabung ayam, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau menzahirkan permohonan apabila telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Residen tidak mengeluarkan lesen berkenaan. 

Menurutnya, ia sebagai langkah berjaga-jaga dalam usaha kerajaan negeri membendung penularan wabak Covid-19. 

“Mudah-mudahan kita boleh begawai pada tahun hadapan kalau Covid-19 sudah tidak ada lagi,” ujarnya dipetik akhbar Suara Sarawak.

Abang Johari berkata, semua rakyat di negeri ini perlu berkorban untuk tidak meraikan perayaan tersebut.

Beliau turut menggesa ketua masyarakat dan ketua kaum Dayak melaksanakan langkah-langkah Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang ketat dan disiplin diri supaya wabak Covid-19 tidak menular ketika perayaan Gawai. 

“Langkah-langkah SOP supaya tidak menular ketika kita meraikan Hari Gawai dan biarlah kita agak berdisplin pada Gawai ini. 

“Tetapi ketika ini, hendaklah kita bekorban untuk masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk menangani penularan pandemik Covid-19 di Bintulu.
« PREV
NEXT »

No comments