BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki Zimbabwe ditangkap ingkar SOP



KUCHING: Seorang lelaki warganegara Zimbabwae ditangkap kerana melanggar perintah kuarantin di Miri.

Lelaki tersebut diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah tetapi telah keluar dari rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 23 kompaun hari ini iaitu Daerah Bintulu (10), Kuching (7), Mukah (5) dan Padawan (1) kerana telah melanggar SOP.

"Mereka didapati tidak memakai pelitup muka (7), berada di luar kawasan rumah selepas jam 10 malam semasa tempoh PKPB (7), tiada permit pergerakan antara zon (5), premis beroperasi melebihi masa semasa PKPB (3), tidak mengimbas MySejahtera (1)," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 47 kompaun atas kesalahan pelanggaran SOP.

Katanya, kesalahan yang dilaporkan di bawah seliaan MPP iaitu 11, MDMJ (5), SRDC (5), MD Lawas (4), MD Saratok (3), MD Bau (3), MD Sarikei (3), SMC (2), MD Lundu (2), MD Serian (2), MDMD (2), MBKS (1), MDDM (1), MPKS (1), MD Simunjan (1) dan MB Miri (1).

"Kesalahan terbabit ialah tidak mengemaskini buku daftar (15), tidak mendaftar MySejahter/buku daftar (9), buku daftar tidak lengkap (6), tidak menggunakan pelitup muka (6), tiada penjarakan fizikal (4), premis beroperasi tanpa kebenaran (2), tiada pekerja yang menjaga tempat pendaftaran kesihatan (2) dan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan (1)," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments