BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki curi duit tabung masjid diburu

KOTA SAMARAHAN: Polis sedang memburu seorang lelaki kerana disyaki mencuri duit tabung sebuah masjid Kampung Sindang.

Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Darul Ikhlas menyedari kehilangan duit tabung masjid sekitar jam 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, hasil pemeriksaan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki telah membuka tabung masjid selepas waktu Zohor.

Menurutnya, suspek telah mengumpil tabung masjid dengan menggunakan peralatan seperti besi. 

"Setelah berjaya membuka tabung masjid itu, suspek kemudian mengambil kesemua duit yang ada di dalam tabung.

"Masyarakat diminta tampil membantu siasatan sekiranya mempunyai maklumat tentang kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
« PREV
NEXT »

No comments