BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki berdepan hukuman gantung

KUCHING: Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditahan memiliki dadah jenis Syabu seberat 58.93 gram dianggarkan bernilai
RM5,893.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kuching melalui maklumat awam bertempat di tepi jalan Suadi Haji Arshid 1, jam 11 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata,
hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai dadah di dalam genggaman tangan suspek.

"Pemeriksaan selanjutnya di sekitar tempat kejadian telah menjumpai dadah di dalam satu plastik hitam yang diikat simpul.

 "Kes disiasat di bawah Sek. 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori sampai mati," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,hasil saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. 

"Suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau dadah di bawah Sekyen 15(1) (a) ADB 1952."

Hasil siasatan awal, suspek memperolehi dadah secara bank-in dari seorang pengedar di sekitar Kuching,"jelasnya.

Katanya,tindakan selanjutnya sedang dilakukan untuk mengesan pengedar tersebut,suspek mula terlibat dengan pengedaran dadah sejak akhir tahun 2018. 

"Suspek kini ditahan untuk siasatan dan direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 27 Mei ini,"katanya.

Katanya,dalam kes berasingan pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan masing - masing berumur 25 tahun dan 42 tahun pada jam 10.45 malam bertempat di tempat letak kereta hadapan bangunan Queen Court, Jalan Wan Alwi.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki berumur 42 tahun yang sedang berada di dalam kereta jenis Perodua Viva bahagian pemandu telah menjumpai dadah di dalam satu kotak kecil di dalam beg yang dipegang oleh suspek. 

"Kita merampas 14 paket plastik lutsinar dan dua paket plastik lutsinar merah methapetamine seberat 32.52 gram dianggarkan bernilai RM3,252.

Kes disiasat di bawah Sek. 39A(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments