BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kuarters SK Long Bemang terbakar, guru hilang tempat berteduh


MIRI: Seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Baram, Maaz Fadhli Muhammad hilang tempat tinggal selepas kuarters guru yang didiaminya terbakar semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, dua kuarters guru terbabit musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Maureen Sim hanya menerima maklumat mengenai kebakaran melalui WhatsApp dari seorang penduduk pada pukul 5.34 petang kerana kampung itu menghadapi masalah telekomunikasi.

"Jiran dan seorang pengawal keselamatan sekolah cuba memadamkan api tetapi gagal. Mereka kemudian meminta bantuan penduduk kampung Long Bemang, yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolah.

“Penduduk kampung bersama anggota bomba sukarela Long Bemang terus ke tempat kejadian dengan membawa alat pemadam api dan pam mudah alih untuk mengawal dan memadamkan api," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian kita cuba membantu memadamkan kebakaran namun gagal kerana api sudah terlalu marak.

"SK Long Bemang terletak kira-kira 200 kilometer dari Miri dan mengambil masa kira-kira 5 jam untuk sampai menggunakan laluan balak,"ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments