BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kantoi proses mercun kelapa


SIBU: Umpama seperti pakar letupan tidak bertauliah.

Penganggur yang mempunyai 12 rekod jenayah ditahan kerana didapati memproses bahan letupan di sebuah rumah di Jalan Rambutan.

Suspek berusia 33 tahun itu merupakan seorang bekas penagih dadah dipercayai memproses bahan letupan jenis mercun kelapa dan didapati tidak sah.

Suspek turut direman dan dirujuk kepada Jabatan Narkotik untuk ujian saringan air kencing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan polis yang membuat serbuan menggeledah kediaman suspek dan menjumpai tiga biji mercun kelapa pelbagai saiz.

"Suspek ditahan kira-kira jam 2.30 petang di sebuah rumah di Jalan Rambutan," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pihaknya juga menjumpai lapan unit komputer riba pelbagai model.
« PREV
NEXT »

No comments