BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jabatan Laut siasat insiden pelantar minyak

KUCHING: Jabatan Laut Malaysia (JLM) melalui Jabatan Laut Wilayah Sarawak telah mengeluarkan Notice to Marines (NTM) dan juga pemakluman
melalui NAVTEX berkenaan situasi semasa Pelantar Minyak VELESTO NAGA 7.

Menerusi kenyataan hari ini,JLM menyatakan pada masa ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang tumpahan minyak dilaporkan. 


"Jabatan Laut Sarawak juga dalam proses membuat penandaan virtual buoy (jika perlu) di kawasan tersebut bagi memastikan masyarakat perkapalan tidak menggunakan laluan tersebut pada masa ini. 

"Satu pasukan penyiasat juga telah ditubuhkan oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak bagi mengetahui punca kejadian,"katanya.

JLM mengesahkan menerima satu laporan insiden membabitkan sebuah pelantar minyak VELESTO NAGA 7 berpendaftaran
Panama telah tenggelam di Latitud 040
41’46.75" & Longitud 1110
41’16.37" di perairan Sarawak kira-kira
jam 2.45 petang,Isnin lalu.

Jarak antara pelantar minyak tersebut dengan Miri adalah kira-kira 139NM.

Pelantar minyak VELESTO NAGA 7 milik Velesto Energy Berhad telah dimaklumkan bahawa, semasa menjalankan kerja-kerja pre-loading, salah satu kaki pelantar minyak rig tersebut telah punctured through dan mengakibatkan kedudukan pelantar telah condong dari kedudukan asal (list).

Susulan kejadian tersebut, seramai 101 anak kapal telah berjaya meninggalkan pelantar minyak ini menggunakan kapal OSV Perdana Marathon dan Armada Tuah 305 sebelum pelantar tersebut tenggelam pada kedalaman hampir 100 meter. 

Seramai 85 kru pelantar telah selamat tiba di Jeti Serimas pada jam 10 pagi semalam yang telah dibawa oleh kapal FCB Centus Eight dan sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. 

Baki 16 kru lagi telah dibawa oleh kapal MV Tegas Maju ke Jeti Serimas jam
10.35 pagi tadi dan telah didaftarkan untuk dibawa menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di Miri.
« PREV
NEXT »

No comments