BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Individu fitnah Datuk Fisol diburu


KUCHING: Polis percaya dapat mengenal   pasti individu yang menyebarkan fitnah serta menjatuhkan imej dan reputasi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Fisol Salleh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner (SAC) Lukas Aket  berkata, walaupun suspek dipercayai menggunakan nama samaran dan akaun facebook palsu tetapi pihak polis percaya suspek akan dapat dikenalpasti melalui pelbagai kaedah pengesanan yang digunakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, siasatan dibuat dengan mengenal pasti semua individu yang disebut dan terdapat di dalam gambar, di samping menyiasat beberapa lokasi yang dnmaksudkan dalam posting tersebut. 

"Siasatan mendapati ianya merupakan satu fitnah dan tohmahan terhadap beliau bertujuan menjatuhkan imej dan reputasi Dato Fisol bln Salleh sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak," jatanya.

Baru-baru ini telah terkesan penyebaran satu artikel fitnah terhadap Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Fisol Salleh melalui facebook yang mendakwa bahawa beliau sebagat pelindung utama kepada sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di Sarawak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) dan Seksyen 233 Akta: Komunikasi Dan Multimedia 1988. 

Beliau berkata, hasil daripada siasatan pihak polis ke atas beberapa isu tohmahan yang terdapat dalam posting facebook tersebut mendapati ianya adalah tidak benar dan berunsur fitnah semata-mata terhadap Dato Fisol bin Salleh.

Menurutnya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan apa-apa perkara yang berunsur jelik, fitnah, tidak benar atau tohmahan kepada seseorang.

Ianya merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang terutamanya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
« PREV
NEXT »

No comments