BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

HUS kurang darah A dan B



KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) menghadapi kekurangan darah jenis B dan A.

Kekurangan darah jika berlarutan dikhuatiri akan menjejaskan operasi harian di HUS.

Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah HUS berkata, sehubungan itu, ia memerlukan sumbangan orang ramai untuk menderma darah ekoran penggunaan yang optimum untuk kes-kes kecemasan.

"Kami mengalu-alukan kehadiran penderma darah untuk membantu pihak kami meningkatkan bekalan darah semasa HUS.

"Penderma darah yang telah cukup tempoh tiga bulan daripada tarikh akhir menderma diseru untuk tampil menderma darah di Pusat Tabung Darah atau di kempen-kempen derma darah bergerak kami pada hujung minggu," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, permintaan darah yang semakin meningkat memaksana Pusat Tabung Darah melanjutkan operasi harian untuk derma darah.

Menurutnya, waktu operasi adalah Isnin hingga Khamis (jam 8 pagi hingga 1 petang, waktu rehat jam 1 petang hingga 2 petang dan bersambung semula jam 2 petang hingga 4.30 petang).

"Manakala Jumaat, operasi bermula jam 8 pagi sehingga 11.30 petang dan 2.15 petang hingga 4.30 petang.

"Bagi hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, kempen derma darah secara bergerak diadakan," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments