BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hospital Medan ATM Kapit bantu pulihkan semangat penduduk

KAPIT: Tawaran bantuan Penubuhan Hospital Medan ATM oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) kepada Kerajaan Sarawak membuktikan bahawa
ATM sentiasa mengambil berat tentang perkembangan semasa ancaman COVID-1 9yang semakin meningkat di seluruh negara.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa dalam kenyataan berkata, pihaknya amat komited memberikan bantuan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang memerlukan. 
Menurutnya, saha-usaha murni ini juga adalah selaras dengan dengan hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-28 melalui Perintah Ulungnya yang menekankan tentang peningkatan hubungan tentera dan orang awam.

"Pucuk pimpinan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat komited dalam usaha membantu keperluan semasa kawasan tanggungjawabnya yang memerlukan bantuan.
"Hospital Medan ATM Kapit ini merupakan kedua setelah kejayaan pengoperasian Hospital Medan ATM Tawau, Sabah.

"Sinergi Tentera Darat dan Rakyat, Tunjang Kedaulatan Negara", tema Hari Tentera Darat ke 88 tahun ini amat bertepatan dengan kerjasama erat pasukan
perubatan ATM bersama KKM dalam menghadapi pandemik wabak Covid-19
terutama di Kapit," katanya.
Beliau berharap agar Penubuhan Hospital Medan ATM Kapit ini dapat memulihkan semangat penduduk setempat yang terkesan serta mengembalikan Kapit kepada kawasan Zon Hijau bebas dari jangkitan Covid-19.

Sementara itu, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua
Menteri Sarawak bersama Datuk Aaron Ago Dagang, Timb Menteri Kesihatan 2
diiringi Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa, Panglima 1 Divisyen dan Brigedier Jeneral Shamshor bin Hj Jaafar, Panglima 9 Briged meninjau perkembangan  penubuhan Hospital Medan ATM di Dewan Masyarakat Melayu Kapit pada jam 10.00 pagi tadi.
Sesi tinjauan dimulakan dengan taklimat pengoperasian Hospital Medan ATM
oleh Pegawai Memerintah 1 Batalion Ubat, Leftenan Kolonel Dr Saiful Ju@Ju Ahmad selaku Komander Misi Hospital Medan ATM Kapit.

Seterusnya Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama Timbalan Menteri Kesihatan 2 dibawa meninjau
persiapan dan kerja-kerja yang sedang dijalankan di sini.

Hospital Medan ATM ini berfungsi sebagai tempat rawatan bagi pesakit bukan kes COVID-19.

Ia berkemampuan menempatkan 40 katil dan pesakit pada suatu masa.
Bantuan menyeluruh dari TUDM dalam mengkoordinasi penerbangan
membawa aset perubatan dari Kuching dan Kuala Lumpur telah memudahkan proses penubuhan hospital tersebut beserta 7 Pegawai (Doktor Perubatan) dan 35 Lain-lain Pangkat (Pembantu Perubatan) bertanggungjawab dalam pengoperasian Hospital ini yang dijangka bermula pada 10 Mei 2021 yang turut akan dibantu oleh staf-staf perubatan dari Hospital Daerah Kapit.

Ianya dijangka akan mengurangkan beban rawatan pesakit bukan COVID-19.
Terdahulu, usaha giat pengubahsuaian Dewan Masyarakat Melayu Kapit
kepada Hospital Medan ATM telah dirancangkan oleh Panglima 9 Briged yang
melibatkan seramai 7 Pegawai dan 69 anggota Lain-lain Pangkat termasuk 13
anggota dari pasukan Rejimen 510 Askar Wataniah.

Bantuan dari agensi awam dan
swasta juga diperolehi dalam usaha menaiktaraf dewan tersebut mengikut
spesifikasi Hospital Medan ATM.
« PREV
NEXT »

No comments