BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hospital Medan ATM di Kapit


KAPIT: Sebuah Hospital Medan di Dewan Masyarakat Melayu di Kapit bagi menampung keperluan Hospital Kapit yang merupakan hospital daerah berpakar yang mempunyai kapasiti terhad.
Sepasukan Pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja telah diatur gerak ke Kapit bagi meninjau keadaan dan keperluan bagi mendirikan Hospital Medan di sana.
Sel Perhubungan Raya MK 1 Divisyen dalam kenyataan berkata, 
melihat kepada bilangan kes positif jangkitan Covid-19 yang meningkat mendadak di kawasan tersebut menyebabkan Hospital Kapit menghadapi kekangan menampung jumlah pesakit dalam satu-satu masa. 
Menurutnya, perancangan pergerakan Elemen Perubatan dari 1 Divisyen direncanakan akan bergerak ke Kapit dalam minggu pertama Mei 2021.
"Kumpulan tinjauan telah pun berada di Kapit untuk mengkoordinasikan keperluan bersama Pihak Berkuasa Tempatan.
"Ini termasuk perancangan atur gerak anggota dan asset perubatan," katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menyatakan  perbincangan bersama Kementerian Pertahanan untuk mewujudkan Hospital Medan di Sarawak.

Menurut kenyataan tersebut, tugas dan peranan Hospital Medan ATM ini adalah untuk membantu pesakit-pesakit di kawasan Kapit mendapatkan rawatan kesihatan yang bukan melibatkan jangkitan Covid-19 seperti mana Hospital Medan ATM yang didirikan di Tawau, Sabah sebelum ini. 

"Hospital Medan ATM ini dirancang didirikan di Dewan Masyarakat Melayu, Kapit yang terletak kira-kira 5 km dari Hospital Kapit," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments