BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hanyut, lelaki ditemukan lemas

SERIAN: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas jatuh ke dalam sungai di Kampung Sungai Langsat, Jalan Lama Kuching-Serian, berdekatan loji air Siburan, pagi tadi.

Mayat Bonnie ak Kota, 31, ditemui jam 12.30 tengahari ini, selepas hanyut tujuh meter dari lokasi mangsa jatuh di kedalaman air tujuh kaki.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.44 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

"Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba melakukan selaman dan pencarian di sekitar radius 15 meter dari tempat mangsa disyaki terjatuh dan berjaya menjumpai mangsa,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
« PREV
NEXT »

No comments