Fatimah terima dua pelawat


KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKPK) Datuk Seri Fatimah Abdullah menerima dua kunjungan hormat di Bangunan Baitul Makmur II hari ini.

Kunjungan pertama adalah daripada Juniour Chamber International (JCI) Kuching yang diketuai oleh Naib Presiden Eksekutif Kebangsaan merangkap Ketua Kawasan Sarawak 2021, Emily Shanny Bong.

Junior Chamber International (M) Sarawak adalah sebuah Organisasi Bukan Untung yang bersekutu dengan Junior Chamber International Malaysia (JCIM) yang telah dipuji sebagai Organisasi Pembangunan dan Kepemimpinan Latihan Berkelas Premium Dunia bagi belia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun 40.

Mereka mewakili pelbagai pekerjaan, minat, tahap sosial dan ekonomi yang digabungkan oleh Hasrat untuk Pembangunan Diri dan Penglibatan Projek Komuniti.

Objektif kunjungan hormat itu untuk memberi penekanan tentang kepentingan kerjasama genesai muda baharu dalam kepimpinan kesukarelawan demi membawa impak yang besar di Sarawak.

Sejak penubuhan pada tahun 1956, Junior Chamber International (M) Sarawak secara efektif memainkan peranannya sebagai Organisasi Latihan Kepemimpinan Remaja yang menyediakan pemimpin untuk kerajaan, komuniti serta berusaha menjadikan komuniti yang lebih baik.

Terdapat empat aktiviti teras dalam Pelan Tindakan JCI Malaysia 2021 dan JCIM Kawasan Sarawak 2021 seperti Pembangunan Kemahiran Peribadi, Tenaga Kerja Komuniti, Peluang Perniagaan, dan Hal Ehwal Antarabangsa Ke Arah Pembangunan Kepimpinan.
Selain itu, Fatimah turut menerima kunjungan hormat daripada The Dance Academy (Kuching) yang diketuai oleh Pengetua Akademi, Mary Chan.

Dalam kunjungan hormat itu, mereka berbincang dan membentangkan konsep acara senaman fizikal melalui sesi siaran langsung di Facebook.
 
The Dance Academy Kuching dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Cina di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Sarawak (Seksyen Wanita) akan menganjurkan acara senaman fizikal iaitu Co-exist with Pandemic & Fighting with Sweat & Physical Activities.
 
Menurut The Dance Academy Kuching, senaman tersebut adalah acara yang diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
 
Terdapat 12 pembelajaran yang diketengahkan di dalam acara itu termasuk tujuh langkah dalam setiap pembelajaran.

Pelbagai latihan dan pergerakan yang direka dalam program itu bagi membantu mengukir meridian seluruh badan dan memperkuat imunisasi diri.
Share: